Wednesday 10 May 2017

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA MATEMATIK SKG-UTEM 2017



Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Program Lonjakan Matematik SKG-UTEM buat murid-murid Tahun 5 SK Gangsa akan diadakan  pada ketetapan:

TARIKH
TAJUK / MODUL
13 Mei 2017 (Sabtu)
Pola Nombor / Penambahan / Penolakan
8 Julai 2017 (Sabtu)
Pendaraban / Pembahagian / Operasi Bergabung
22 Julai 2017 (Sabtu)
Wang / Pecahan
12 Ogos 2017 (Sabtu)
Ukuran
9 September 2017 (Sabtu)
Masa
23 September 2017 (Sabtu)
Koordinat
14 Oktober 2017 (Sabtu)

28 Oktober 2017 (Sabtu)
Pengurusan Data

Murid dikehendaki berpakaian sekolah dan membawa buku nota serta peralatan menulis.
Aktiviti akan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari

Monday 5 September 2016

soalan ulangkaji upsr 2016 - DIDIK

KLIK LINK DI BAWAH :

http://tiny.cc/TEST11

http://tiny.cc/TEST1222

Semoga berjaya

SENARAI SEMAK SEBELUM UPSR 2016... GOOD LUCK !!!


Checklist sebelum peperiksaan

tajuk : perpuluhan

1. Tulis dalam perkataan/angka
→ Tulis dalam perkataan,

2. Cerakinan

→ nilai digit boleh ditulis dalam perpuluhan atau dalam pecahan

3. Nilai tempat/digit

→ nilai tempat
→ nilai digit 
¤ boleh ditulis dalam pecahan
¤ boleh ditulis dalam nombor perpuluhan

4. Bandingkan perpuluhan

→ perbandingan nombor bermula dr nilai tempat terbesar hingga nilai tempat terkecil
→ istilah yang digunakan
¤ lebih daripada
¤ kurang daripada
¤ sama dengan

5. Tambah/tolak perpuluhan

→ bina garis menegak untuk samakan titik
→ tulis angka mengikut nilai tempat yg sama
→ lakukan operasi

6. Darab/bahagi perpuluhan dengan 10, 100, 1000

→ alih titik spt bentuk ulat bulu mengikut jumlah sifar 
¤ 10 (satu sifar-satu tempat), 100 (dua sifar - dua tempat), 1000 (tiga sifar - tiga tempat)
¤ jika darab ke kanan
¤ jika bahagi ke kiri

7. Darab perpuluhan dengan perpuluhan

→ tempat perpuluhan bagi hasil darab ialah jumlah tempat perpuluhan bagi dua nombor yang didarab
→ contoh
¤ 1 tempat perpuluhan x 1 tempat perpuluhan jawapannya 2 tempat perpuluhan
¤ 2 tempat perpuluhan x 1 tempat perpuluhan jawapannya 3 tempat perpuluhan

8. Bahagi perpuluhan dengan perpuluhan

→ darab nombor pembahagi dengan 10/100/1000 supaya menjadi nombor bulat
→ nombor yang dibahagi juga perlu didarab dengan 10/100/1000 mengikut nombor yang didarab dengan pembahagi
→ contoh
¤ 196.65 ÷ 2.3 
# nombor 2.3 perlu didarab dengan 10 utk menjadikan nombor bulat, jd 196.65 juga didarab dengan 10
→ boleh juga nombor perpuluhan dijadikan sebagai pecahan /10,/100,/1000 mengikut nombor perpuluhan

9. Pertukaran pecahan/perpuluhan menggunakan formula




Tajuk : peratus


1. Pertukaran peratus/perpuluhan

→ peratus kepada perpuluhan
¤ tukar kepada pecahan kemudian alih titik ke kiri mengikut jumlah 0 atau bahagi spt biasa
→ perpuluhan kepada peratus
¤ tukar kepada pecahan kemudian tukar kepada peratus
¤ darab perpuluhan dengan 100%, kemudian tulis dalam peratus

2. Pertukaran peratus/pecahan

→ peratus kepada pecahan
¤ tukar kepada pecahan, kemudian beri jawapan kepada pecahan termudah
→ pecahan kepada peratus
¤ tukar kepada pecahan perseratus, kemudian tulis dalam peratus

3. Pertukaran nombor bercampur/peratus

→ nombor bercampur kepada peratus
¤ tukar kepada pecahan tak wajar 
¤ kemudian tukar kepada pecahan perseratus
¤ akhir sekali tulis jawapan dalam peratus
→ pecahan kepada nombor bercampur
¤ tukar kepada pecahan perseratus
¤ permudahkan pecahan
¤ tulis jawapan dalam nombor bercampur

4. Peratus daripada suatu kuantiti

→ tulis masalah dalam ayat matematik
→ daripada bermaksud darab
→ tukar peratus kepada pecahan perseratus


Tajuk : Wang

1. Tulis dalam perkataan/angka

→ perkataan 
¤ tidak perlu tulis RM hanya ringgit dan sen
¤ contoh : RM30.95
Tiga puluh ringgit dan sembilan puluh lima sen

2. Bundarkan nilai wang

→ ringgit terdekat
¤ sama seperti bundar nombor bulat
¤ boleh ditulis ada sen atau tiada sen
¤ contoh : RM30.95
RM31.00 atau RM31

3. Tambah/tolak/darab/bahagi wang
→ sama spt operasi nombor bulat dan perpuluhan

4. Kenal mata wang asing

→ ASEAN
¤ brunei - dollar
¤ kemboja - riel
¤ indonesia - rupiah
¤ malaysia - ringgit
¤ myanmar - kyat
¤ filipina - peso
¤ singapura - dollar
¤ thailand - baht
¤ vietnam - dong
¤ laos - kip
→ dunia
¤ amerika syarikat - dollar
¤ kanada - dollar
¤ great britain - pound
¤ australia - dollar
¤ jepun - yen
¤ switzerland - swiss franc
¤ hong kong - dollar
¤ china - renminbi
¤ korea - won
¤ india - rupee
¤ bangladesh - taka
¤ nigeria – naira

5. Instrumen pembayaran

→ wang tunai = bayar bil, beli tiket
→ kad debit (ditolak dari akaun) = beli kasut, bayar petrol
→ kad prabayar (bayar dalam jumlah tertentu) = naik monorel, bayar tol
→ kad kredit (hutang) = bayar kasut, membeli belah di pusat membeli belah
→ cek = derma

6. Faedah

→ faedah mudah
¤ faedah pada tahun pertama
→ faedah kompaun
¤ faedah daripada jumlah terkumpul

7. Harga kos, harga jual, untung, rugi

→ harga kos
¤ modal
¤ harga beli
→ harga jual
¤ harga yang dijual kepada pembeli
→ untung


8. Diskaun, bil, rebat, invois

→ diskaun = potongan harga daripada harga asal
→ bil = penyata bertulis tentang pembelian/bukti pembelian
→ rebat = potongan daripada jumlah bayaran
→ invois = maklumat barangan dan jumlah yang perlu dibayar

9. Aset, liabiliti, faedah, cukai perkhidmatan

→ aset = wang tunai, harta benda
→ liabiliti = tanggungan kewangan/hutang
→ faedah = bonus, dividen
→ cukai perkhidmatan = cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan spt hotel, restoran dll


Sunday 6 March 2016

NOMBOR DAN OPERASI

________________________________________________________________________

______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________